Wednesday, October 21, 2009

TIPS SEBELUM MEMBUAT PINJAMAN PERIBADI

Waktu ini terdapat pelbagai institusi kewangan yang menawarkan pinjaman peribadi.Malah institusi kewangan ternama yang sebelum ini tidak berapa tertarik untuk mengembangkan saiz pinjaman peribadi juga telah menunjukkan minat terhadap pinjaman peribadi.

Ini mungkin rahmat kegawatan ekonomi tahun 1998 yang menyebabkan kemerosotan dan kenaikan non performing loan atau pinjaman tidak berbayar untuk pinjaman perumahan dan pinjaman perniagaan. Jadi berita baik untuk pelanggan,kini bank berlmba-lumba menurunkan kadar interest pinjaman masing-masing.

Bagaimana memilih pinjaman peribadi yang paling menguntungkan anda samada dari jumlah yang dipinjam,kadar interest atau kadar keuntungan (istilah yang digunakan oleh perbankan islam)

1- Pertama sekali apa status anda samada kakitangan kerajaan ataupun swasta.Jika anda kakitangan kerajaan maka ia menjadi lebih mudah kerana semua intistusi kewangan tidak akan menolak permohonan anda.

Malahan jika baru bekerja 4 bulan pun anda sudah boleh mengemukakan permohanan. Bank Rakyat ada menawarkan tapi depend on luck juga.

Jika bekerja di sector swasta masih terdapat juga intistusi kewangan yang memberi pinjaman umpanya Ar-rajhi dan bank Rakyat bagaimanapun lihat syaratnya samada perlukan penjamin atau tempoh perkhidmatan.

2- Perkara kedua adalah kadar keuntungan array interest yang dikenakan oleh institusi kewangan. Peminjam kini lebih bertuah kerana persaingan antara institusi kewangan menyebabkan mereka saling berlumba-lumba menurunkan kadar interest agar menjadi rendah dan dinamik.

Malahan menawarkan pakej kadar interest istimewa jika anda kakitangan kerajaan,guru,polis dan membuat pinjaman semula ataupun bahasa glamournya overlapping.

Contohnya CiMb ada menwarkan pakej pinjaman semula untuk menutup akaun pinjaman peribadi dari bank lain.Maka anda layak untuk menikmati kadar pinjaman istimewa.Bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat dan peraturan dan promosi semasa.

3- Hidden cost maksudnya kos tersembunyi yang dikenakan sebagai syarat untuk mengambil pinjaman peribadi.Apa yang perlu ada lakukan adalah membuat pertanyaan berapakah jumlah net cash yang saya terima dari pinjaman ini.

Untuk pengetahuan anda,setiap pinjaman peribadi, biasanya pihak bank akan mengambil jumlah tertentu dari jumlah pinjaman tersebut sebagai bayaran stamping agreement, bayaran insuran DTA dan ansuran dua bulan sebagai advance.

Sesetengah institusi kewangan mengenakan processing fee sebagai syaratnya,ini juga termasuk dalam pertimbangan anda samada anda boleh tolerance dengan kadar yang dikenakan. Ada juga yang mengenakan kadar sehingga 4% dari jumlah pinjaman. Selain dari tiga perkara asas tadi bank juga biasanya mengambil kesempatan untuk menawarkan produk lain umpamanya perkhidmatan insurans, wasiat, kredit kad dan lain-lain lagi.

Sebenarnya ini adalah produk sampingan yang tiada kena mengena dengan pinjaman peribadi anda. Anda boleh menolaknya tanpa sebarang risiko permohonan pinjaman peribadi anda ditolak.

4- Perkara keempat ialah tempoh pinjaman .Sekarang tempoh pinjaman peribadi ditawarkan sehingga 15 tahun. Bagaimanapun anda mesti memikirkannya kerana kadar interest yang dikenakan adalah berbeza-beza.

Maksudnya kadar interest lebih rendah jika anda membuat pinjaman untuk tempoh yang pendek. Selain itu, anda harus juga menilai kemampuan dari segi membuat bayaran bulanan kerana bayaran ansuran akan menjadi lebih rendah jika membuat pinjaman untuk tempoh masa yang lama begitu juga sebaliknya.

5- Cermin diri anda. Apa status kewangan anda,anda bersih iaitu tiada sebarang masalah kewangan ataupun anda telah disenaraihitam atau lebih glamournya telah blacklist. Biasa lihat iklankan yang menwarkan pinjaman untuk blacklist. Untuk yang clean tiada apa yang perlu difikirkan.

Tapi untuk yang blacklist mesti tercari-cari dan bersedia untuk menerima bad news jika application ditolak. Sesetengah instistusi kewanagan ada memberi pinjaman peribadi bagi golongan ini(perkara ini akan diterangkan kemudian dlm satu artikel khusus bagi golongan ini)

6- Berapa jumlah pinjaman. Ini juga satu persoalan penting kerana jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah berbeza-beza bergantung pada status samada bekerja disektor kerajaan atau swasta. Ada bank yang beri sehingga 35kali gaji kasar, 15 ataupun 5 kali gaji sahaja. Maksudnya jika gaji RM 2,000,layak membuat pinjaman sehingga RM 70K.

Namun ianya masih tertakluk kepada syarat bank dan juga jumlah potongan gaji yang dibenarkan majikan dan Biro Perkhidmatan Angkasa(BPA agensi yang melaksanakan potongan gaji bagi pekerja sector kerajaan hanya membenarkan potongan setakat 60% dari gaji sahaja)

Akhir kalam tepuk dada tanya selera yang mana satu sesuai dengan diri anda. Setiap masalah atau persoalan pasti anda jalan yang penting rajin mencari maklumat, tidakla menyesal dikemudian hari. Apa yang penting ukur baju biarlah di badan sendiri.Kita yang menentukan apa yang terbaik untuk diri sendiri.- www.disposal-dream.blogspot.com

Saturday, October 17, 2009




MULANYA DI SINI


Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Antara kita berdua

Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai